suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nazri Nafi Keluarkan Kad Rasmi Untuk Isteri

PETALING JAYA: Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz menafikan dakwaan bahawa pejabatnya mengeluarkan kad perniagaan untuk isterinya, Datin Seri Haflin Saiful.

Kad perniagaan yang tular di media sosial pada Rabu itu menunjukkan logo rasmi kerajaan berserta gambar kecil isterinya  di bahagian kanan kad berkenaan.

Di bawah nama yang tertera Datin Seri Haflin S, tertulis jawatan sebagai "Isteri-Menteri  Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia".

Turut tertera alamat lengkap pejabat menteri di Putrajaya bersama nombor telefon dan emel bekas personaliti televisyen itu.

Nazri bagaimanapun berkata, kementeriannya tidak dibenarkan untuk mengeluarkan sebarang kad perniagaan kepada individu yang bukan berjawatan pegawai.

"Dia tidak bekerja untuk kementerian. Ia adalah palsu.

"Memang sentiasa ada orang di luar sana yang cuba mengenakan kami," katanya ketika dihubungi The Star.

Nazri Aziz, Haflin Saiful

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain