suria

Dua Ditahan Insiden MP Kluang Diusir Di Bazar Ramadan

KLUANG: Dua ditahan berikutan insiden Ahli Parlimen DAP-Kluang, Liew Chin Tong dihalang mengedarkan kurma di bazar Ramadan di sini, Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamad Laham berkata, dua ditahan selepas mereka menyerah diri kepada polis di sini pada kira-kira pukul 1.40 petang Ahad.

Polis sedang menyiasat insiden berkenaan kerana menyebabkan kecederaan dan ugutan jenayah di bawah kanun keseksaan.

Chin Tong di halaman Facebooknya berkongsi video berdurasi lima minit mengenai insiden yang menunjukkan orang ramai menengking beliau dan pegawainya, dan meminta supaya beredar.

Dilaporkan Chin Tong cedera di bahagian dahi, cermin matanya terjatuh dan salah seorang pegawainya dikasari ketika kejadian berlaku.

Beliau kemudian membuat laporan di balai polis Kluang.

Dua lagi laporan dilaporkan pihak lain dalam parti itu.

Artikel Sebelum

Artikel Lain