suria

"Ikut Suka Dia" - MB Perak

Zambry Abd Kadir.

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, rakyat boleh menilai sendiri perbuatan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Hutan Melintang, S. Kesavan yang bertindak mengadakan mogok lapar di perkarangan pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak.

"Ikut suka dia, biar rakyat menilai," katanya ringkas apabila diminta mengulas tindakan wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat itu.

Pada Jumaat, Kesavan sekali lagi dilapor mengadakan mogok lapar bagi mendesak SPR Perak menerima 200 bantahan yang dikemukakan melalui Borang C berserta laporan polis.

Bantahan dan laporan polis itu dikemukakan berdasarkan dakwaan beliau terdapat lebih 2,000 pengundi luar didaftarkan di kawasan Dewan Undangan Negeri Hutan Melintang. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ku Nan Beri Amaran

Artikel Lain