suria

Selesaikan Isu FGV Sebelum Aidilfitri - Najib

Najib Tun Razak.

KULAI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggariskan tiga prinsip utama untuk menyelesaikan kemelut Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dan mahu isu itu diselesaikan dalam bulan Ramadan ini juga.

"Pertama, ia (siasatan) mesti mematuhi undang-undang syarikat. Kedua, ia mesti selaras dengan urus tadbir baik dan ketiga, proses siasatan mestilah melalui proses yang adil," kata beliau ketika berucap pada majlis Ihya Rahmat Ramadan Felda Peringkat Kebangsaan di Felda Sungai Sayong, di sini, malam Sabtu.

Menurut Najib, pelantikan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala sebagai pihak bebas untuk menangani kemelut melanda FGV itu, adalah berpandukan tiga prinsip tadi.

Ini juga bagi memastikan fakta-fakta yang diperoleh adalah tepat dan akhinya kerajaan dapat membuat keputusan berhubung kemelut FGV.

Beliau yang juga Menteri Kewangan itu berkata, ia merupakan hasrat kerajaan bagi melihat kemelut ini segera dipulihkan. - Bernama


FGV

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain