suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hanya Selangor, P.Pinang Warta Keputusan Pengharaman Rokok

KUALA LUMPUR: Hanya Selangor dan Pulau Pinang yang telah mewartakan keputusan pengharaman merokok di negeri masing-masing, setakat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Selangor mengambil langkah tersebut pada 1995 manakala Pulau Pinang membuat keputusan itu pada 2004.

"Kedua-dua negeri itu mengambil langkah tersebut berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada 23 Mac 1995.

"Muzakarah itu telah membincangkan isu merokok daripada pandangan Islam dan telah bersetuju memutuskan merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana ia memudaratkan," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Diraja, pada Persidangan Dewan Negara, Selasa.

Sehubungan itu, katanya, adalah menjadi tanggungjawab pihak-pihak berkaitan untuk memainkan peranan masing-masing supaya pandangan fatwa tersebut dipatuhi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Dedah Laporan Audit 1MDB

Artikel Berikut

Artikel Lain