suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wanita Maut Disambar Petir

Gambar hiasan.

SEPANG: Seorang pekerja wanita warga Indonesia maut disambar petir ketika menyelenggara landskap di bawah Menara Kawalan Trafik Udara, Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini tengah hari Selasa.

Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali ketika dihubungi berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, mangsa dikenali sebagai Pariah, 45, meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata mayat mangsa ditemukan rakan sekerjanya sebelum memaklumkan kejadian itu kepada majikan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat, kata Abdul Aziz. - BERNAMA

petir, maut

Artikel Lain