suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Datuk Seri, Anak Bebas Dengan Ikat Jamin RM100,000

Ahmad Tajudin tiba di hospital untuk mengeluarkan perintah tamat tahanan reman terhadap Datuk Seri dan anaknya.

GEORGE TOWN: Ahli perniagaan Pulau Pinang bergelar Datuk Seri yang dimasukkan ke wad sebuah hospital swasta kerana tekanan darah tinggi dan komplikasi kesihatan lain telah dibebaskan selepas tempoh tahanan reman enam hari tamat pada Isnin.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataannya berkata, lelaki itu dan anaknya yang berusia 47 tahun dan bergelar Datuk telah dibebaskan dengan jaminan RM100,000 dengan dua penjamin setiap seorang.

Datuk Seri berusia 74 tahun itu bagaimanapun masih mendapat rawatan di Hospital Island.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Majistret, Ahmad Tajudin Zain tiba di hospital itu pada pukul 11.15 pagi untuk mengeluarkan perintah tamat tahanan reman kedua beranak itu.

Anaknya dibawa ke hospital berkenaan dari lokap SPRM pada pukul 10.45 pagi.

Dia tiba dengan memakai jaket hitam dengan uniform oren lokap SPRM dan meninggalkan lokasi dengan memakai jens dan kemeja lengan pendek.



Datuk Seri, SPRM, Hospital Island

Artikel Sebelum

Artikel Lain