suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lesen PSV Terbang: Tujuh Doktor, 3 Individu Bebas Dengan Jaminan

GEORGE TOWN: Tujuh doktor dan tiga individu yang ditahan pada Rabu berhubung siasatan kes meluluskan pemeriksaan perubatan untuk memperbaharui Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV), dibebaskan pada Khamis.

Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang, Datuk Abdul Aziz Aban ketika dihubungi berkata kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan RM7,000 seorang.

Kesemua doktor itu ditahan pada kira-kira 3 petang Selasa bagi membantu siasatan kerana disyaki menyalah guna profesion mereka dengan meluluskan permohonan pemeriksaan perubatan untuk memperbaharui lesen PSV, tanpa melakukan pemeriksaan terhadap pemohon.

Tujuh doktor itu, seorang daripadanya merupakan doktor di hospital kerajaan ditahan dalam operasi SPRM di tujuh klinik di sekitar Bukit Mertajam, Batu Ferringhi, Pekan Lama, Gelugor dan Perai serta dua premis dan kios persendirian.

Turut ditahan tiga lagi individu yang disyaki terbabit dengan kegiatan itu iaitu seorang wanita berusia 41 tahun yang merupakan pembantu sebuah klinik dan dua lelaki yang merupakan 'runner'.

Lesen PSV Terbang, SPRM

Artikel Berikut

Artikel Lain