Jabatan Kimia Terima Sampel Siasatan Kematian Kim Jong-nam - Semasa | mStar

Jabatan Kimia Terima Sampel Siasatan Kematian Kim Jong-nam

KUALA LUMPUR: Jabatan Kimia Malaysia pada Khamis menerima beberapa sampel daripada polis yang menyiasat kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, untuk tujuan analisis.

Pengarah Bahagian Forensik jabatan itu, Dr Cornelia Charito Siricord  berkata sampel berkenaan diterima petang ini dan akan dianalisis secepat mungkin.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jenis dan bilangan sebenar sampel berkenaan atau mengesahkan sama ada ia berbentuk cecair mahupun racun.

"Kami memang ada menerima beberapa sampel daripada polis untuk dianalisis dan mengikut prosedur terutama berkaitan kes-kes penting, kami akan menjalankan analisis secepat mungkin," katanya ketika dihubungi Bernama.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan lelaki Korea Utara yang mati pada Isnin itu ialah Kim Jong-nam.

Dr Cornelia berkata analisis sampel akan dilakukan oleh dua bahagian di jabatan itu dan keputusannya akan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Jong-nam dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (klia2) pada 8 pagi pada hari kejadian untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila seorang wanita dikatakan menghampirinya sebelum menyerkup muka dengan kain mengandungi cecair beracun.

Jong-nam dilaporkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain