suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Himpunan RUU355 Dapat 'Lampu Hijau' DBKL, KDN

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak menghalang Perhimpunan RUU 355 diadakan Sabtu ini berikutan penganjurnya telah mendapat kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur  (DBKL), kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata DBKL telah membenarkan penganjur menggunakan Padang Merbok sebagai lokasi perhimpunan.

"Pihak KDN, khususnya PDRM, tidak mempunyai halangan jika pihak berkuasa tempatan memberi keizinan menggunakan kemudahan awam," kata Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri. 

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan dialog meja bulat bersama wakil industri berkenaan pekerja asing di sini pada Khamis.

Pada Rabu, PAS dilaporkan berkata kira-kira 200,000 orang dijangka hadir perhimpunan tersebut yang bertujuan meraih sokongan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

RUU Persendirian itu dibawa oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen pada 24 Nov lepas bertujuan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, bagi memperkasa mahkamah syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.

Sementara itu, mengulas permintaan syarikat perkhidmatan teksi motosikal Dego Ride agar perkhidmatannya tidak diharamkan, Ahmad Zahid berkata keputusan Jemaah Menteri pada Rabu dibuat berasaskan beberapa faktor yang telahpun dinyatakan Kementerian Pengangkutan. 

"Kita merasakan sistem (pengangkutan awam) sedia ada mencukupi untuk penumpang di Lembah Klang khususnya Kuala Lumpur," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dilaporkan berkata pengharaman perkhidmatan teksi motosikal itu dibuat atas faktor keselamatan pengguna.

Ahmad Zahid Hamidi, RUU335, PAS

Artikel Berikut

Artikel Lain