Padah Sebar Maklumat Palsu, Mekanik Ditahan - Semasa | mStar

Padah Sebar Maklumat Palsu, Mekanik Ditahan

GAMBAR HIASAN

MIRI: Polis menahan seorang mekanik kereta berusia 23 tahun kerana membuat catatan palsu dalam Facebook dengan mendakwa seorang wanita dirogol dan dibunuh di bandar raya ini.

Ketua Polis Miri, ACP Khoo Leng Huat berkata suspek dari Long Atap, Akah Ulu Baram, ditahan di sini pada pukul 11.30 malam tadi berikutan laporan polis dibuat selepas catatan tersebut ditular di media sosial pada Rabu.

"Polis telah menjalankan siasatan dan mendapati catatan itu adalah palsu kerana tidak ada kes rogol dan bunuh berlaku di bandaraya Miri semalam," katanya dalam kenyataan seperti dilaporkan Bernama di sini pada Khamis.

Menurutnya, telefon bimbit suspek turut dirampas bagi tujuan siasatan.

Beliau berkata, suspek dan pemilik akaun Facebook menggunakan nama 'Ody Chica Rito' telah memuat naik gambar seorang wanita ditemui terbaring dalam keadaan bogel di tengah-tengah jalan di sini, semalam.

Khoo berkata suspek juga telah memuat naik gambar tersebut di laman Facebook Miri Community II dan Miri City Community semalam sehingga menyebabkan imej itu ditular dalam media sosial.

Pemilik akaun Facebook itu mendakwa mangsa telah dirogol dan dibunuh sebelum dicampak berdekatan sebuah restoran makanan segera di bandar raya ini.

Katanya, catatan palsu itu telah menimbulkan kebimbangan dan panik dalam kalangan orang awam di sini.

Menurutnya, suspek akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana membuat catatan palsu di media sosial.

Miri , Facebook

Artikel Sebelum

Seorang Lagi Suspek 'Wanita Beracun' Ditahan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain