suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rasuah: Bekas YDP Berpangkat Datuk Ditahan SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas Yang Dipertua (YDP) majlis perbandaran sebuah daerah di Negeri Sembilan bergelar Datuk kerana disyaki terlibat rasuah dan salah guna kuasa.

Turut ditahan dalam operasi yang dilancarkan SPRM ialah tiga kontraktor yang disyaki telah dianugerahkan beberapa projek melibatkan pejabat daerah dan Majlis Perbandaran di mana suspek pernah bertugas.

Menurut sumber, suspek berusia 63 tahun yang telah bersara itu ditahan di kediamannya di Seremban pada kira-kira jam 11.30 pagi Isnin.

"Suspek dipercayai telah melakukan kesalahan-kesalahan berkenaan ketika memegang jawatan pegawai daerah dan YDP perbandaran sejak September 2009 hingga Ogos tahun lepas.

"Berdasarkan siasatan SPRM dan pengumpulan maklumat awal, suspek dipercayai pernah bercuti bersama kontraktor-kontraktor tersebut di luar negara pada September 2015," katanya kepada Bernama.

Menurut sumber, maklumat yang diperoleh menunjukkan pakej percutian suspek yang juga termasuk untuk bermain golf di Medan, Indonesia ditaja oleh kontraktor-kontraktor berkenaan.

"Sebuah kenderaan Toyota Camry telah dibelikan oleh kontraktor-kontraktor tersebut untuk kegunaannya," katanya.

Menurut bukti yang diperoleh, pembelian tersebut tidak dibentangkan dalam mesyuarat bajet dan perolehan.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Simi Abd Ghani ketika dihubungi Bernama mengesahkan tangkapan itu dan pihaknya sedang mengenal pasti beberapa individu lagi untuk membantu siasatan.

Beliau berkata setakat ini SPRM telah merampas dokumen-dokumen daripada kesemua suspek yang dipercayai berkaitan dengan siasatan SPRM.

"Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009," katanya.

Pada Sabtu lepas, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki telah mengenal pasti beberapa penjawat awam yang masih berdegil bermain golf di luar negara dengan tajaan orang berkepentingan.

SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain