Tunku Ismail Titah Bebaskan 'Mat Tere' - Semasa | mStar

Tunku Ismail Titah Bebaskan 'Mat Tere'

Foto kredit:Johor Southern Tigers

PETALING JAYA: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor Bahru pada Ahad bagi membebaskan 'Mat Tere' yang sepatutnya dilanjutkan tahanan reman dan dihantar pulang ke negeri Kelantan.

Mat Tere atau nama sebenarnya Muhammad Zul Apis Baharum, 29, ditahan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kelantan Rabu lalu membantu siasatan berhubung video kata-kata kesat menghina Tunku Ismail yang menjadi tular di Facebook sebelum ini.

Tunku Ismail percaya Mat Tere tidak bersalah dan telah dijadikan mangsa oleh individu di pihak atasan untuk agenda politik.

"Baginda mengucapkan syabas kepada kerajaan negeri Kelantan yang telah menjaga rakyat mereka dengan baik dan berjaga-jaga dengan individu yang ada niat untuk memecahbelahkan rakyat. Allah Peliharakan Sultan", jelas kenyataan yang dimuat naik di laman facebook rasmi Johor Southern Tigers  pada Ahad.

TMJ , Mat Tere

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain