suria

Bayi 18 Bulan Mangsa Bot Karam Sungai Nyamuk Ditemui

TAWAU: Pihak polis berkata mayat bayi berusia 18 bulan dipercayai mangsa tragedi bot karam ketika menuju Sungai Nyamuk, Inondesia pada Selasa lalu ditemukan pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata wakil Konsulat Indonesia memaklumkan mayat bayi perempuan itu ditemukan kira-kira 11.36 pagi oleh seorang petani Indonesia di perairan Sungai Manurung, Indonesia.

Mayatnya telah dibawa ke Nunukan oleh pihak berkuasa Indonesia untuk tindakan selanjutnya, katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata mayat itu turut disahkan ibu bapanya yang kini menjalani rawatan di Hospital Tawau.

Bapanya Budiman Muslimin, 26, dan ibunya Hasmida Masaniaga, 24, selamat dalam kejadian itu.

Kedua-dua mangsa mengesahkan menerusi gambar-gambar yang ditunjukkan bahawa mayat itu adalah anak perempuan mereka Nur Ainun, katanya.

Bot itu yang dinaiki sekumpulan warga Indonesia dilapor karam akibat dipukul ombak ketika menuju Sunyai Nyamuk dan setakat ini 14 daripada 15 mangsa ditemui dengan empat daripada mereka selamat manakala yang lainnya meninggal dunia.-- Bernama


Sungai Nyamuk, Fadil Marsus

Artikel Sebelum

Artikel Lain