suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Seleweng RM1.5 Juta, Bekas Setiausaha, Akauntan JMB Ditahan

KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha dan akauntan di sebuah Badan Pengurusan Bersama (JMB) kondominium di ibu negara, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyeleweng RM1.5 juta daripada badan berkenaan.

Kedua-dua suspek yang ditahan berusia 53 dan 27 tahun itu dipercayai melakukan penyelewengan itu sejak 2010.

Menurut sumber, penyelewengan berkenaan terbongkar apabila gaji kakitangan syarikat JMB yang menyelenggara lebih 500 unit kondominium tersebut tertunggak sejak Jun 2016.

"Bekas setiausaha berkenaan ditahan di rumahnya di Jalan Klang Lama pada 10.30 pagi manakala akauntan itu pula ditahan di Sungai Petani, Kedah pada 1.30 petang Selasa.

"Selain menjadi setiausaha JMB pada 2012, suspek juga memegang jawatan sebagai Pengurus Besar sebuah syarikat bersekutu JMB sejak 2010," katanya.

Sumber itu berkata kedua-dua suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok, untuk permohonan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan berhubung tangkapan berkenaan.

"Setakat ini, pihak kami sudah merakam percakapan beberapa saksi yang dipercayai dapat membantu siasatan kes ini selain merampas beberapa dokumen serta komputer riba daripada kedua-dua suspek," katanya.
JMB, penyelewengan, SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain