suria

SAR Cari Enam Mangsa Bot Karam Diteruskan

Antara mangsa bot karam jenis Catamaran yang dibawa ke Hospital Queen Elizabeth awal pagi Isnin. Bot itu yang membawa 31 orang termasuk tiga kru dan 28 pelancong warga China dipercayai karam akibat cuaca buruk dan laut bergelora. Nahas berlaku kira-kira sejam selepas bot itu bertolak dari Jeti Tanjung Aru 9 pagi Sabtu menuju ke Pulau Mengalum. -fotoBERNAMA
KOTA KINABALU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam lagi mangsa bot pelancong jenis Catamaran yang karam ketika dalam perjalanan membawa pelancong warga China ke Pulau Mengalum, diteruskan pagi ini.

Menurut jurucakap Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), operasi SAR yang disertai pelbagai agensi penguat kuasa dan keselamatan termasuk APMM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diteruskan seawal jam 7 pagi Isnin.

Operasi SAR hari ketiga diteruskan pada jam 7 pagi tadi. Antara aset yang terlibat ialah KM ADIL, Kilat 40, pesawat udara Bombardier (APMM), KD Ganas dan KD Serang (TLDM), C130 (TUDM).

Turut serta dalam operasi SAR berkenaan ialah pihak berkuasa negara Brunei Darussalam menggunakan helikopter S92 yang memfokuskan pencarian di kawasan perairan negara berkenaan.

Menurut jurucakap berkenaan, kawasan pencarian hari ini dijangka meliputi kawasan seluas 1,500 batu nautika persegi iaitu lokasi 25 mangsa dijumpai petang semalam, termasuk tiga yang terkorban.

Pada Sabtu lalu, bot jenis Catamaran yang membawa 31 orang, termasuk 28 pelancong dari China, karam dipercayai dipukul ombak besar pada 10 pagi, sejam selepas bot itu bertolak dari jeti Tanjung Aru di sini ke Pulau Mengalum.

Pulau Mengalum, SAR, bot karam

Artikel Sebelum

Artikel Lain