Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Zainal Yusoff berkatadaerah Temerloh masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 2,202 orangdaripada 556 keluarga.
Ini diikuti Pekan dengan 1,108 mangsa daripada 292 keluarga, Maran 928 orang (270 keluarga), Bera 782 orang (184 keluarga), Jerantut 403 orang (156 keluarga), Lipis 90 orang (24 keluarga) dan Rompin 82 orang (21 keluarga).
"Sebanyak 80 pusat pemindahan sementara masih dibuka iaitu 25 di Temerloh, Maran (18), Pekan (17),Bera (14) manakala Jerantut, Lipis dan Rompin masing-masing dua pusat pemindahan" katanya.


