suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chef Malaysia Dinobat Ratu Cantik Transeksual Australia

Laetivia Phyllisvia Raveen (kanan) ketika menerima hadiah selaku pemenang Ratu Cantik Transeksual Australai 2017 di Melbourne pada Sabtu.

PETALING JAYA: Rakyat Malaysia dinobatkan gelaran Ratu Cantik Transeksual Australia 2017 menerusi pertandingan yang diadakan di Melbourne, Sabtu.

Laetivia Phylliscia Raveena yang juga seorang chef menerima baucar hadiah bernilai AS$15,000 (RM66,450) daripada Hospital Kosmetik Kamol Bangkok.

Beliau adalah lulusan diploma sekolah kulinari Le Cordon Bleu. 

"Tahniah kepada wakil transeksual Malaysia, Laeticia Phylliscia Raveena kerana memenangi pertandingan Ratu Cantik Transeksual Australia. Dia sememangnya layak bergelar ratu," kata aktivis transgender, Nisha Ayub menerusi Facebooknya pada Ahad.

Pertandingan tahunan ini bermula pada 2009 adalah yang terbesar di Australia melibatkan komunikti transeksual dan transgender.

transeksual, Australia

Artikel Lain