suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bot Bawa 28 Pelancong China Dipercayai Hilang Di Pulau Mengalum

KOTA KINABALU: Sebuah bot pelancong jenis Catamaran yang membawa 31 orang termasuk 28 pelancong China dipercayai hilang ketika dalam perjalanan dari perairan Kota Kinabalu menuju Pulau Mengalum, Sabtu.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dalam satu kenyataan hari ini berkata bot tersebut bergerak dari jeti Tanjung Aru pada jam 9 pagi semalam menuju pulau tersebut dan masih belum tiba hingga kini.

"Laporan polis telah dibuat pada jam 9.50 malam tadi," kata kenyataan itu.

APMM berkata pihaknya telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 10.15 malam tadi menggunakan bot Kilat 36.

APMM meneruskan operasi SAR bagi hari kedua pada hari ini dengan melibatkan bot Kilat 36 dan Kilat 39 serta kapal KM Berani.

Aset lain yang terlibat dalam operasi itu ialah kapal KD Ganas milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta bot milik Pasukan Polis Marin, kata kenyataan itu.-- Bernama

Pulau Mengalum, APMM

Artikel Lain