suria

Banjir Perak: Sebanyak 487 Mangsa Banjir Masih Di Pusat Pemindahan

IPOH: Sebanyak 487 mangsa banjir masih ditempatkan dipusat pemindahan di Perak setakat 8 pagi Ahad berbanding 467 mangsa berbanding Sabtu malam.

Menurut Jabatan Kemajuan Masyarakat melalui portal info banjir, daripadajumlah itu, 218 mangsa ditempatkan di daerah Manjung iaitu 208 di Sekolah Rendah Agama Rakyat, manakala 10 lagi di Dewan Kampung Tanjung Ara.

Di daerah Hilir Perak, 100 mangsa ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jong Batu 8, Teluk Intan, 97 mangsa di SK Sungai Kerawai dan 31 mangsa di SK Pengkalan Ara.

Bagi daerah Larut Matang dan Selama, seramai 41 mangsa ditempatkan di Surau Padang Serai Dalam.

Banjir Perak

Artikel Berikut

Artikel Lain