suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Syarikat Selenggara HSA Tidak Digantung - Dr Hilmi

Dr Hilmi Yahaya.

KUALA LUMPUR: Syarikat yang bertanggungjawab menyelenggara Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Baru tidak akan digantung semasa siasatan insiden kebakaran di premis terbabit.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata Medivest Sdn Bhd turut bertanggungjawab terhadap 22 lagi hospital lain di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka.

"Kontrak itu bernilai RM350 juta setahun bagi perkhidmatan sokongan kepada semua hospital ini dan meliputi enam bentuk penyelenggaraan termasuk bioperubatan, linen dan peralatan tempat tidur, pengurusan sisa dan kemudahan.

"Kementerian tidak berhasrat untuk menggantung perkhidmatan Medivest semasa siasatan berhubung kebakaran di HSA kerana ia akan menjejaskan perkhidmatan sokongan di hospital terbabit.

"Namun, Medivest boleh dikenakan penalti atau berdepan tindakan lain jika ia melanggar kontrak konsesi dengan kementerian," katanya dalam jawapan bertulis bagi menjawab pertanyaan Che Mohamad Zulkifly Jusoh (BN – Setiu) semasa sesi soal jawab di Parlimen pada Khamis.

Beliau berkata Medivest menandatangani kontrak pada tahun lalu dan perjanjian itu sah sehingga 2025.



HSA, kebakaran, Medivest Sdn Bhd

Artikel Berikut

Artikel Lain