suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sampel Air Sungai Semenyih Beracun

KUALA LUMPUR: Sampel air yang diambil daripada Sungai Semenyih didakwa mengandungi racun 4-bromodiphenyl ether hingga memaksa kerajaan Selangor menghentikan bekalan air untuk kali ketiga bulan ini.

"Ia adalah sangat beracun dan itulah sebabnya ikan mati ditemui terapung di kawasan berhampiran," kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong.

Beliau berkata, pencemaran itu merupakan satu ancaman kesihatan yang serius dan punca pencemaran adalah daripada sistem saliran di Nilai, Negeri Sembilan yang mengalir ke dalam Sungai Semenyih.

"Kebimbangan kita bukan sahaja kerana bau tapi pencemarannya.

"Analisa oleh Lembaga Urus Air Selangor (Luas) mengenal pasti kewujudan bahan 4-bromodiphenyl eter," kata Wong kepada pemberita di Parlimen di sini pada Khamis.

Menurut Program Alam Sekitar Bangsa-Bangsa Bersatu, 4-bromodiphenyl eter adalah salah satu komponen yang membentuk Octobrom yang digunakan dengan trioksida antimoni sebagai bahan kalis api dalam peralatan elektrik dan elektronik.

Octobrom telah diharamkan di Kesatuan Eropah sejak 2004 dan di beberapa negeri di Amerika Syarikat sejak 2007.

Artikel Lain