suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Maswing Larang Penumpang Guna Samsung Galaxy Note 7

MIRI: Maswings Sdn Bhd, milik penuh Malaysia Airlines, melarang penumpangnya menggunakan telefon bimbit Samsung Galaxy Note 7 semasa dalam penerbangan atas sebab keselamatan.

Maswings berkata penumpang tidak dibenarkan memasang atau mengecaj telefon model itu ketika dalam penerbangan berkuat kuasa serta-merta.

"Peranti itu juga tidak dibenarkan disimpan di dalam bagasi yang telah dibuat pemeriksaan," katanya dalam kenyataan hari ini, yang turut menjelaskan bahawa syarikat penerbangan itu juga tidak akan memenuhi permintan bagi penghantaran kargo melibatkan peranti itu.

Maswings mengikut langkah syarikat penerbangan utama lain seperti Singapore Airlines, Qantas, Virgin Airlines dan Etihad Airways selepas beberapa unit bateri telefon pintar itu dilaporkan meletup, yang sekali gus mendorong Samsung menggantung penjualan telefon model itu.

Maswings beroperasi di Sarawak, Sabah dan Indonesia, termasuk bagi Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS).-- Bernama


Maswing, Samsung Galaxy Note 7

Artikel Lain