suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda Umno Buat Laporan Polis Terhadap Zeti, Abu Kassim, Gani Patail

Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno pada Selasa membuat laporan polis terhadap bekas Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun selepas membuat laporan itu di Balai Polis Dang Wangi, mendakwa tiga individu tersebut dipercayai terlibat dalam konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia.

Menurut laporan itu, mereka didakwa telah memberi maklumat sulit kepada agensi-agensi luar termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

Khairul mendakwa, dokumen-dokumen palsu telah dikemukakan dan maklumat telah dimanipulasi untuk memenuhi agenda mereka.

Berikutan itu, beliau menggesa pihak polis untuk menyiasat perkara itu dengan teliti.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainol Samah mengesahkan menerima laporan itu.

"Kes telah telah diserahkan kepada Bukit Aman untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi.

Khairul Azwan Harun, konspirasi

Artikel Sebelum

iM4U Lantik 10 Duta Baharu

Artikel Berikut

Bayi Maut Tersedak Susu

Artikel Lain