suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib: Kejayaan BN Dalam 2 PRK Bukan Isyarat Awalkan PRU-14

Najib (kanan) pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn pada Jumaat. Foto AZHAR MAHFOF / The Star

KUALA LUMPUR: Kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) baru-baru ini bukan isyarat untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lebih awal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, terdapat pelbagai faktor lain yang perlu diberi pertimbangan sebelum Parlimen dibubarkan untuk diadakan pilihan raya umum.

"PRU tidak ditentukan berdasarkan pilihan raya kecil. Pilihan raya nasional ditentukan oleh banyak faktor lain.

"Namun kita menerima galakan daripada sokongan yang diterima terutama apabila seseorang menyatakan bahawa perlu diadakan referendum mengenai kepimpinan nasional sedia ada," katanya di sini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Dato' Onn pada Jumaat.

BN menang di kerusi Parlimen Kuala Kangsar dengan majoriti 6,969 undi berbanding 1,082 undi pada PRU13.

Sementara itu di Parlimen Sungai Besar, BN meraih  9,191 undi majoriti  berbanding 399 undi pada 2013.

Sementara itu ditanya mengenai desas desus untuk diadakan rombakan Kabinet, Najib berkata: "Saya perlukan masa untuk fikir mengenainya."

Najib Tun Razak, PRK, PRU-14

Artikel Lain