suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerajaan Rugi RM2.5 Bilion Tahun Lepas Akibat Rokok Haram - Pengerusi LKTN

KOTA BARU: Kerajaan kerugian kira-kira RM2.5 bilion dari segi pungutan cukai, tahun lepas akibat penyeludupan rokok haram, kata Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) Datuk Mohd Adhan Kechik.

Beliau berkata jumlah kerugian itu adalah berdasarkan laporan yang diterima daripada penggiat industri tembakau.

"Punca kemasukan rokok seludup menyebabkan harga rokok di sini antara yang paling tinggi, selain Singapura dan Brunei.

"Di negara lain seperti Thailand, Kemboja, Vietnam dan Indonesia, harganya begitu murah," katanya kepada pemberita pada Majlis Bicara Kenaf di Dataran Kenaf di sini Khamis malam.

Mohd Adhan berkata keadaan itu mendorong kepada penyeludupan rokok haram  sekali gus menyebabkan kerugian kepada kerajaan dari segi kutipan cukai.

Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Bunga itu berkata penguatkuasaan kawalan keselamatan di sempadan perlu dipertingkat bagi menangani perkara itu.

-- Bernama
rokok haram, LKTN, Mohd Adhan Kechik

Artikel Lain