suria

Beli Tiket Di Kaunter Untuk Elak Ditipu Ulat Tiket - SPAD

KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengingatkan orang ramai supaya membeli tiket untuk bercuti Raya di kaunter bagi mengelak diperdaya ulat tiket.

Pengurus Besar Kanan Bahagian Penguatkuasaan SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata sepanjang musim perayaan ini ulat-ulat tiket seperti biasa akan mengambil kesempatan menjual tiket bas dengan harga yang lebih tinggi.

"Mereka mencari keuntungan dengan cara ini, jadi dengan apa jua cara mereka akan yakinkan orang ramai untuk membeli tiket bas melalui mereka.

"Ada tiket yang dijual dengan harga mencecah RM50 hingga RM70 untuk ke sesuatu destinasi. Jadi pengguna perlu berhati-hati agar tidak terus ditipu," katanya kepada pemberita selepas Op Tegas di sini, Khamis.

Dalam pada itu, operasi yang bermula pukul 9 hingga 12 malam itu melakukan pemeriksaan terhadap lima buah lori, empat buah teksi dan 20 bas ekspres.

Operasi itu turut disertai pasukan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).-- Bernama



tiket, ulat, Aidilfitri, SPAD

Artikel Lain