suria

Miliki Kereta Curi, Bapa Tiga Anak Dipenjara Enam Bulan

KUALA LUMPUR: Seorang bapa tiga anak dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki kereta curi tahun lepas.

Majistret Mohd Faizal Ismail menjatuhkan hukuman itu ke atas Wong Mun Wah, 35, dan memerintahkan hukuman itu bermula selepas hukuman penjara bagi kesalahan memecah masuk rumah selesai pada 25 Jun ini.

Wong yang sebelum ini merupakan subkontraktor, didakwa menyimpan sebuah kereta curi jenis Naza Citra bernilai RM20,000 milik Choo Wai Pheng, seorang suri rumah, di Jalan SG 8/6, Taman Sri Gombak, pada 10.30 pagi, 25 Sept tahun lepas.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Farah Aimy Zainul Anwar memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh manakala Wong yang mempunyai tiga anak itu memohon hukuman ringan.

Artikel Lain