suria

PRK: Berhenti Kempen Tengah Malam Ini - SPR

SUNGAI BESAR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengingatkan semua parti politik yang bertanding supaya menghentikan sebarang bentuk kempen menjelang tengah malam Jumaat.

Selain itu, SPR juga meminta semua pihak terlibat mematuhi peraturan untuk tidak mendirikan khemah pada hari mengundi, esok.

"Hanya pihak SPR yang boleh menyediakan khemah khusus untuk pengundi memeriksa maklumat peribadi mereka sebelum menunaikan tanggunjawab," kata ahli suruhanjaya itu, Datuk Abd Aziz Khalidin kepada pemberita selepas meninjau peralatan mengundi di Dewan Sri Bernam di sini, Jumaat.

Bagi pengundi pula, Abd Aziz menggesa mereka supaya berhati-hati untuk tidak sewenang-wenangnya menyerahkan MyKad kerana boleh menimbulkan banyak masalah jika ia disalahgunakan.

Beliau juga meminta pengundi supaya keluar mengundi awal walaupun tempoh yang ditetapkan adalah sehingga 5 petang.

"Semuanya ada 28 pusat mengundi di seluruh kawasan Parlimen Sungai Besar," katanya.

Selain itu, katanya, majikan yang menghalang kakitangan mereka menunaikan tanggungjawab itu boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya dan jika bersabit kesalahan boleh didenda RM5,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.


Artikel Lain