suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Low Mahu Penjelasan Choo Keong

KUALA LUMPUR: Pengerusi Tourism Malaysia, Wee Choo Keong perlu menjelaskan kenyataan beliau terhadap AirAsia ketika Ekspo Pelancongan Antarabangsa China (Beijing) 2016 minggu lalu. 

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kementerian akan memanggil Choo Keong bagi mendapatkan penjelasan terperinci berhubung satu tindakan beliau itu.

"Saya berpendapat, sebagai sebuah negara, kita patut mempromosikan pelancongan dan syarikat penerbangan yang mengadakan penerbangan di Malaysia apabila kita berada di luar negara.

"Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada beliau mengenai dakwaan itu," katanya pada sidang media di majlis pelancaran Kuala Lumpur International Airport Aeropolis pada Isnin.

Liow mengulas dakwaan bahawa pada ekspo itu, Wee memarahi stafnya apabila melihat bunting AirAsia dipasang di samping bahan promosi lain di ruang pameran Tourism Malaysia.    

Liow Tiong Lai, Wee Choo Keong

Artikel Lain