suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lebih 2,000 Tinggal Sehelai Sepinggang Akibat Kebakaran Di Kudat

KOTA KINABALU: Kebakaran rumah setinggan yang berlaku sebelum subuh di Kudat semakin marak hingga menyebabkan kemusnahan kawasan penempatan di utara Sabah itu.

Terletak kira-kira 200 kilometer (km) dari sini, dianggarkan kebakaran itu mengakibatkan 250 rumah hangus ketika pasukan bomba dan penyelamat berusaha memadamkan api.

Kejadian yang memusnahkan deretan rumah papan itu berlaku di Kampung Landung Ayang Laut, kira-kira tiga km dari pekan Kudat.

Jurucakap jabatan bomba berkata, kebakaran dikesan bermula pada kira-kira pukul 5 pagi Isnin dan hanya dapat dikawal selepas tiga jam.

Setakat ini, tiada sebarang laporan berkaitan kematian dilaporkan dan dianggarkan kira-kira 2,000 penduduk kehilangan kediaman mereka.


Artikel Lain