suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nenek, Lima Cucu Terselamat Insiden Tanah Runtuh

CAMERON HIGHLANDS: Seorang nenek berusia 70 tahun bersama lima cucunya berumur antara 10 dan 18 tahun terselamat selepas rumah mereka di Kuala Terla di sini, terlibat dalam kejadian tanah runtuh kecil awal pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands Muhammad Haziq Hazmi berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1.25 pagi itu, tiga lagi rumah yang terletak di lereng bukit turut terjejas.

Ketika dihubungi Bernama, Muhammad Haziq berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu pada pukul 1.29 pagi dan tiba di tempat kejadian kira-kira setengah jam kemudian.

"Sewaktu kejadian terdapat enam orang di salah satu rumah yang terjejas, manakala tiga lagi rumah kosong. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Mangsa yang terlibat telah dipindahkan ke rumah saudara mara buat sementara kerana dikhuatiri berlaku runtuhan susulan," katanya.

Muhammad Haziq berkata ketika ini Jabatan Kerja Raya masih menjalankan kerja pembersihan. 

Artikel Lain