suria

Rumah Perlindungan Untuk Remaja Hamil Di Kelantan

TUMPAT: Rumah perlindungan untuk remaja hamil tanpa nikah akan mula beroperasi di si ini Jun ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata rumah 'Generasiku Sayang' akan dikendalikan kakitangan jabatan berkenaan.

"Kita mengalukan sumbangan atau dana bagi membiayai kos harian dan penyelengaraan," katanya kepada pemberita pada pelancaran Program Generasiku Sayang di sini, Isnin.

Rumah itu, yang boleh menempatkan enam penghuni dan dua bayi pada sesuatu masa, dirasmikan isteri Tengku Temenggung Kelantan Tunku Datuk Noor Hayati Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj selaku penaung program itu.

Ahmad Razin yang juga pengerusi program Generasiku Sayang berkata objektif khusus penubuhan rumah perlindungan itu adalah bagi memastikan remaja terbabit mendapat sebelum dan selepas bersalin dengan sebaik-baiknya.

Rumah itu, yang pertama kali diwujudkan di Kelantan, akan turut menyediakan rawatan sokongan psikososial selain bimbingan kerohanian terhadap remaja berkenaan.

"Sebagai masyarakat, kita perlu bimbing golongan ini bagi membolehkan mereka membina kembali jati diri dan bersedia untuk kembali kepada masyarakat," katanya.

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melaporkan bilangan anak tidak sah taraf di Kelantan pada 2013 ialah seramai 450 orang dan meningkat kepada 524 orang pada 2015.

Artikel Lain