suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

AirAsia Lancar Pusat Kembara Dan Perkhidmatan Di Maldives

Aireen Omar
KUALA LUMPUR: AirAsia Bhd pada Ahad melancarkan Pusat Kembara dan Perkhidmatan AirAsia Travel (ATSC) pertamanya di Male, Maldives.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd, Aireen Omar berkata AirAsia gembira dapat memperkukuh lagi kehadirannya di Maldives dengan pelancaran ATSC itu.

Beliau berkata laluan Kuala Lumpur-Male menunjukkan trek rekod yang kukuh dengan purata faktor penumpang 85 peratus bagi laluan pergi balik sejak operasi bermula pada Oktober lepas.

Pusat itu dirasmikan oleh Menteri Pelancongan Maldives Moosa Zameer.

Beliau berkata kewujudan ATSC akan melicinkan lagi perjalanan dan memberi lebih keselesaan kepada penumpang AirAsia.

"Saya ucap tahniah kepada AirAsia dan rakan tempatan All H Maldives Private Limited.


"Perkongsian ini merupakan contoh peluang yang wujud kepada sektor swasta yang akan memacu jentera sektor Penerbangan Maldives," kata beliau.
AirAsia, ATSC Maldives, Aireen Omar

Artikel Sebelum

Artikel Lain