suria

Adenan Satem Angkat Sumpah Sebagai Ketua Menteri

Tun Abdul Taib Mahmud menyerahkan watikah perlantikan Ketua Menteri kepada Tan Sri Adenan Satem yang memperolehi mandat baharu setelah Barisan Nasional (BN) menang 72 daripada 82 kerusi pada Pilihan Raya DUN Sarawak ke-11 di Astana Negeri Sarawak pada Sabtu malam. Foto Bernama

KUCHING: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, Tan Sri Adenan Satem pada Sabtu malam mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri selepas BN kembali berkuasa mentadbir negeri ini untuk penggal ke-11 berturut-turut.

Adenan mengangkat sumpah jawatannya itu di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri di sini.

BN memenangi 72 daripada 82 kerusi pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11). 

Turut hadir pada majlis angkat sumpah itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pemimpin parti komponen BN Sarawak.

Ini adalah kali pertama Adenan mengetuai BN pada pilihan raya negeri Sarawak.

Pada PRN-11 kali ini, Adenan mempertahankan kerusi Tanjong Datu untuk penggal ke-10 selepas menewaskan Jazolkipli Numan daripada PKR dengan majoriti 5,892 undi. - Bernama

Adenan Satem

Artikel Lain