Kesemua 1,754 Pusat Pengundian Ditutup - Semasa | mStar

Kesemua 1,754 Pusat Pengundian Ditutup

KUCHING: Kesemua 1,754 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-11 (PRN-11) ditutup tepat 5 petang ini (Sabtu), menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Proses pengiraan dan penjumlahan undi sedang berlangsung sekarang.

SPR berkata keputusan pertama pilihan raya negeri itu dijangka diumum kira-kira 8 malam ini.

Sebanyak 1,085,087 pemilih berdaftar layak mengundi bagi memilih wakil rakyat mereka di 80 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN-11.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata proses pilihan raya negeri itu berjalan lancar dan teratur tanpa berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

'Pendaki Bikini' ditemui mati kesejukan

Jutawan ditembak mati di luar rumah mewah

PFA lepaskan Muhammad Zafuan serta-merta

Maut terlebih makan durian