suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan Sebar Gambar Wanita Tanpa Kepala - Polis

BAGAN SERAI: Pihak polis meminta orang ramai agar tidak menyebar gambar seorang wanita putus kepala yang didakwa sebagai mangsa bunuh di Kampung Parit Haji Wahab, Parit Puntar pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Omar Bakhtiar Yaacob berkata tindakan menyebarkan gambar palsu tersebut menerusi WhatsApp dan Facebook hanya menimbulkan kebimbangan masyarakat.

Pada masa yang sama beliau mengesahkan berlaku satu kes pembunuhan awal pagi semalam yang melibatkan seorang lelaki Indonesia.

"Bagaimanapun gambar yang diviralkan oleh pihak tidak bertanggungjawab itu langsung tiada hubung kait dengan kes pembunuhan berkenaan," katanya dalam sidang media di sini.

Beliau berkata dalam kejadian pada 3 pagi tersebut, seorang buruh binaan yang dikenali sebagai Gumbrek Wibowo, 32, dipercayai ditikam oleh rakan serumah ketika dia sedang tidur di rumah sewa mereka di Kampung Parit Haji Wahab.

"Siasatan polis percaya motif pembunuhan dipercayai akibat cemburu merebut perempuan di antara si mati dengan suspek.

"Hasil bedah siasat mendapati si mati mungkin dibunuh dalam tempoh enam hingga 12 jam sehingga bedah siasat dijalankan di Hospital Parit Buntar pada Jumaat," kata Omar Bakhtiar.

Beliau berkata polis telah membuat empat tangkapan bagi membantu siasatan selain sedang mengesan suspek utama yang melarikan diri.

Artikel Berikut

Artikel Lain