suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mesyuarat Mingguan Kabinet Diadakan Di Kuching

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mempengerusikan mesyuarat kabinet yang julung kali diadakan di Wisma Bapa Malaysia, Rabu. -fotoBERNAMA
KUCHING: Di tengah-tengah kerancakan pilihan raya negeri Sarawak, mesyuarat mingguan Kabinet persekutuan diadakan di Wisma Bapa Malaysia, ibu pejabat pentadbiran kerajaan negeri, di sini.


Mesyuarat itu dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di bangunan setinggi 22 tingkat itu, yang dinamakan bersempena Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa berkata perubahan tempat mesyuarat itu adalah untuk menunjukkan sokongan terhadap kerajaan Sarawak di bawah kepimpinan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Ahmad Zahid berkata mesyuarat berkenaan telah dicadangkan Najib kerana beliau merasakan bahawa beliau perlu berada di sini dan beliau ingin mendapatkan komitmen daripada setiap menteri Kabinet.


Mesyuarat Kabinet  pada Rabu adalah untuk menunjukkan komitmen dan sokongan moral kami terhadap kepimpinan kerajaan negeri. Ia juga bagi menterjemahkan sokongan kami kepada Adenan dan juga visi beliau.


"Dengan sokongan daripada kerajaan persekutuan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib, kita berada di sini untuk bersama-sama dengan rakyat Sarawak," kata  Zahid, Selasa.


Kali terakhir mesyuarat Kabinet diadakan di luar Putrajaya ialah di Kuantan pada 2011.

Artikel Berikut

Artikel Lain