suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PRN Sarawak: 'Badak Sumbu' Masuk Gelanggang

KUCHING: Selain burung enggang dan lebah, kini badak sumbu mula memasuki gelanggang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang bakal membuka tirai pada Isnin ini.

Pemilihan haiwan yang semakin terancam itu dianggap sebagai simbolik kepada keyakinan, ketahanan dan kebolehpercayaan parti yang berpusat di semenanjung - Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pengarah Pilihan Raya PKR Sarawak, See Chee How berkata, parti itu menerapkan semangat badak sumbu yang mampu bertahan dalam apa jua situasi walaupun terpaksa bergelut untuk hidup.

“Kami akan teruskan perjuangan dalam pilihan raya kali ini menentang Barisan Nasional (BN).

“Walaupun pemimpin kami menerima pelbagai tekanan politik, PKR akan teruskan perjuangan ini,” katanya pada majlis pelancaran maskot badak sumbu yang dikenali dengan nama ‘Adil’ di pusat operasi PKR di sini, Ahad.

Selain PKR, parti sekutunya dalam pakatan pembangkang iaitu DAP terlebih dahulu memiliki maskot daripada burung enggang yang dikenali sebagai ‘Ubah’  sejak PRN Sarawak 2011.

Bagaimaapun maskot itu kini dinaik taraf dan dikenali sebagai ‘Ubah Warrior’.

Tidak ketinggalan ialah parti komponen BN, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang turut melancarkan maskot mereka iaitu seekor lebah kuning bersaiz gergasi dengan tagline 'We Can Bee'.

Pemilihan serangga itu dianggap sinonim dengan simbol perpaduan.

Artikel Lain