suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Najib Tunai Umrah Semasa Lawatan Kerja Ke Arab Saudi

Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menyempurnakan ibadah Tawaf ketika mengerjakan umrah pada Selasa sempena lawatan kerja ke Arab Saudi. Foto Bernama

MAKKAH: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan ibadah umrah di sini pada Selasa, semasa memulakan lawatan kerjanya ke Arab Saudi.

Beliau diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Turut serta dalam delegasi beliau ialah Menteri-menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Datuk Seri Wahid Omar serta para pegawai kanan Malaysia.

Najib tiba di kota suci ini kira-kira 10 pagi Selasa dan menyelesaikan ibadah umrahnya sejurus sebelum solat Zohor.

Najib dan delegasi beliau kemudian menikmati makan tengah hari di Istana Tetamu Makkah yang terletak dalam kawasan Masjidil Haram.

Pada malam Selasa, Najib dijadual menyampaikan ucap tama pada Forum Ekonomi Jeddah 2016. - Bernama

Artikel Lain