suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tuntutan Ke Atas Sabah: Wisma Putra Panggil Wakil Kedutaan Filipina

PUTRAJAYA: Wisma Putra memanggil Wakil Kedutaan Besar Filipina ke negara ini, Maria Antonina M. Mendoza-Oblena berkaitan kenyataan salah seorang calon Presiden Filipina yang berhasrat meneruskan tuntutan ke atas Sabah.

Menurut Kementerian Luar, kenyataan yang disiarkan akhbar tempatan Filipina baru-baru ini menyatakan calon berkenaan akan meneruskan tuntutan itu jika dilantik sebagai Presiden republik itu semasa Pilihanraya Umum Filipina yang dijadualkan berlangsung pada 9 Mei 2016.

"Kerajaan Malaysia sekali lagi menegaskan pendiriannya bahawa Malaysia tidak mengiktiraf dan tidak akan melayan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ke atas Sabah," menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.

Sabah telah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat antarabangsa sebagai sebahagian dari Malaysia sejak 16 September 1963

Artikel Lain