suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahmad Bashah Angkat Sumpah MB Kedah Ke-12

ALOR SETAR: Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Bata Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada Khamis mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu di Istana Anak Bukit di sini.

Ahmad Bashah, 66, yang merupakan Menteri Besar Kedah ke-12, melafazkan sumpah memegang jawatan itu di hadapan anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah.

Turut hadir dua lagi anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Hamid Thani Sultan Badlishah dan Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Hadir sama pada majlis itu Adun dan Anggota Parlimen Kedah serta pegawai kanan kerajaan negeri.

Semalam, Ahmad Bashah diumumkan sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu menggantikan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, berkuat kuasa hari ini.

Ia susulan pengumuman peletakan jawatan Mukhriz yang telah hilang sokongan majoriti wakil rakyat di negeri ini.

Kedah

Artikel Berikut

Artikel Lain