suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahmad Bashah Dirakam 'Terlena' Ketika Majlis Angkat Sumpah MB

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah yang baharu, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dirakamkan dengan mata tertutup untuk beberapa saat, semasa majlis istiadat mengangkat sumpah jawatan itu pada Khamis.

Beliau dilihat memejamkan mata dalam tempoh agak lama sehingga ia boleh dirakamkan secara langsung di TV dan penonton mengambil kesempatan mengambil gambar beliau dalam keadaan 'terlena' itu menerusi skrin.

Gambar berkenaan tersebar begitu pantas di Internet termasuk ruangan sembang menerusi aplikasi telefon.

Bagaimanapun, tiada tanda-tanda menunjukkan Ahmad Bashah tertidur kerana kepalanya dalam keadaan tegak.

Bekas menteri besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada Rabu secara sinis menasihatkan Ahmad Bashah supaya tidak terlena semasa majlis angkat sumpah.

Kira-kira seminggu lalu, Ahmad Bashah dirakamkan dengan matanya tertutup dan sebelah tangannya di bawah dagu pada satu majlis rasmi kerajaan negeri, dan dilaporkan telah tersebar di Internet.

Ahmad Bashah tidak dapat dihubungi bagi mengulas mengenai gambar berkenaan kerana tugasnya menyaksikan penganugerah pingat kepada 200 penerima oleh Jemaah Pemangku Sultan Kedah, sebaik sahaja selesai mengangkat sumpah jawatan menteri besar.

Ahmad Bashah Md Hanipah

Artikel Sebelum

Tabung Haji Umum Bonus 8.0 Peratus

Artikel Berikut

Artikel Lain