suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mukhriz Perlu Letak Jawatan Selepas Hilang Sokongan Majoriti - Pejabat Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir perlu meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kedah selepas hilang sokongan majoriti wakil rakyat di negeri itu, kata Pejabat Perdana Menteri.

Pejabat Perdana Menteri berkata dalam satu kenyataan pada Rabu, kehilangan sokongan itu susulan kepimpinan UMNO negeri hilang keyakinan terhadap kepimpinannya, sebagai Menteri Besar dan pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri, dan kebimbangan bahawa persiapan lebih mantap diperlukan untuk mempertahankan Kedah pada pilihan raya umum ke-14 nanti.

"Perdana Menteri percaya bahawa parti dan kerajaan harus berdisiplin dan bekerjasama sebagai satu pasukan untuk menangani cabaran ekonomi dan keselamatan yang dihadapi negara masa kini, dan untuk mengotakan janji yang dibuat pada pilihan raya umum lepas apabila Barisan Nasional diberi mandat oleh rakyat,"kata kenyataan itu.

Umno Kedah telah menzahirkan sokongannya kepada prinsip perpaduan dan disiplin parti, kata kenyataan tersebut.

Mukhriz pada Rabu mengumumkan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Kedah berkuat kuasa serta-merta pada sidang media di Wisma Darul Aman di Alor Setar.

Katanya beliau dimaklumkan pada Selasa bahawa beliau telah hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri.-Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain