suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelantikan Terbaharu Pegawai Kanan Polis

KUALA LUMPUR: Komisioner Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu, selepas empat tahun berkhidmat mengetuai kontinjen Pulau Pinang.

Beliau dijangka menggantikan tempat Komisioner Datuk Osman Salleh yang bersara wajib di Ipoh pada 13 Februari ini.

Abdul Rahim yang berasal dari Kota Setar, Kedah sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Kelantan antara 2007 hingga 2011 sebelum ditugaskan sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Bukit Aman pada 2011.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM),Timbalan Komisioner Datuk Ramli Din dinaikkan pangkat sebagai Ketua Polis Melaka.

Beliau akan menggantikan Deputi Komisioner Datuk Chuah Ghee Lai yang dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Masyarakat Bukit Aman.

Senior Asisten Komisioner Datuk Mohd Khalil Kader Mohd akan mengambil alih tugas Ramli.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain