suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Larangan Vape Di Negeri Sembilan Hanya Kepada Orang Islam

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan tidak akan mengharamkan penjualan vape atau e-rokok di negeri itu namun akan mematuhi peraturan yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang tidak membenarkan umat Islam untuk menggunakannya.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, umat Islam yang masih menggunakan vape tidak akan didenda sehingga peraturan mengenainya diwartakan di bawah enakmen Islam negeri ini.

"Bagi yang bukan Islam, mereka boleh terus menggunakan vape kerana kita tidak akan menutup kedai-kedai yang menjual vapes atau e-rokok," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri pada Rabu.

Mohamad berkata, kerajaan negeri hanya akan mengharamkan penjualan dan penggunaan vapes di negeri ini selepas keputusan dibuat oleh pihak berkuasa peringkat persekutuan seperti Kementerian Kesihatan.

"Sehingga itu, jika seorang muslim mahu menggunakan vape, ia antara mereka dan Allah.

"Manakala bagi orang bukan Islam, ia akan kekal menjadi hak mereka untuk menghisap vape jika mereka mahu," katanya

Vape, e-rokok

Artikel Lain