suria

Gadis Bawah Umur Mengaku Bersalah Tipu Diculik

Nur Amirah Atirah (tengah) mengaku salah memalsukan insiden kononnya diculik.

KLANG: Gadis bawah umur yang dikatakan terlibat dalam satu kes penculikan mengaku bersalah kerana memalsukan penculikannya sendiri di mahkamah juvana di sini, Rabu.

Gadis yang berusia 14 tahun itu hadir berpakaian hospital bewarna hijau mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan kepadanya.

Ibunya hadir dan menemaninya sepanjang proses penghakiman dibuat.

Dia didakwa kerana memberi maklumat palsu iaitu suatu kesalahan di bawah Seksyen 196 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 193 kanun sama.

Baru-baru ini, Nur Amirah Atirah Abdul Majid mendakwa telah diculik oleh dua lelaki di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang apabila rakaman perbualan telefon remaja itu meminta tolong daripada kakak angkatnya tersebar menerusi media-media sosial.

Bagaimanapun, siasatan polis berjaya menemukan gadis itu yang sebenarnya melarikan diri dari keluarga untuk mengikut teman lelaki yang baru dikenalinya.

Artikel Lain