suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Penuntut Afrika Kahwini Wanita Tempatan Untuk Dapat Kerakyatan, Lesen Premis

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin mendedahkan adanya wanita Malaysia yang sanggup menjadi isteri kepada penuntut Afrika bagi melayakkan lelaki asing itu mendapatkan taraf kerakyatan dan memiliki lesen premis di negara ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, lesen itu adalah hak warga Malaysia tetapi digunakan penuntut Afrika yang mengahwini wanita tempatan.

Justeru itu, beliau meminta kerajaan negeri khususnya pihak berkuasa tempatan memberi kerjasama untuk mengenal pasti mereka yang menyalahgunakan lesen premis berkenaan.  

Semasa mengulas kebanjiran rakyat Afrika di negara ini dan cadangan memperketat syarat kemasukan pelajar negara itu ke Malaysia, beliau berkata ada penuntut Afrika yang menyalahgunakan visa pelajar untuk melakukan aktiviti jenayah di negara ini.

"Mereka (mendaftar) masuk di pusat-pusat bahasa di negara ini, tetapi tidak belajar...mereka menjadikan tempat kediaman mereka sebagai makmal memproses dadah," katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Deklarasi Prioriti 2016 Ekonomi Keutamaan Kita anjuran Yayasan Damai Sejahtera Malaysia (YDSM) di sini, Isnin.

Selain itu, katanya Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) dan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) turut menangkap beberapa warga Afrika di negara ini. 

Namun, Ahmad Zahid berkata, adalah tidak adil menuduh semua penuntut Afrika di negara ini sebagai penjenayah kerana hanya segelintir daripada mereka yang terbabit dalam kegiatan jenayah. - Bernama

Artikel Lain