suria

Umno Raub Sokong Ketua Pergerakan Rasmi Mesyuarat Sayap

RAUB: Umno Bahagian Raub pada Sabtu menyatakan sokongan terhadap keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno bahawa perasmian mesyuarat sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno pada perhimpunan agung parti itu tahun ini dilakukan ketua pergerakan itu.

Ketuanya, Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin berkata keputusan itu perlu diterima dan dihormati semua pihak kerana ia dibuat atas kehendak sayap parti itu sendiri.

"Mana-mana pihak tidak seharusnya harus mempertikaikan keputusan yang dibuat melalui perbincangan dan mengikut peraturan yang ditetapkan.

"Keputusan ini adalah untuk kepentingan parti kerana selepas ini parti perlu menumpukan perhatian untuk persiapan pilihan raya akan datang bagi memmastikan kemenangan Barisan Nasional," katanya.

Shahiruddin, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Berkhatan Perdana Parlimen Raub di sini, disertai oleh 120 kanak-kanak.

Selasa lalu, MT Umno memutuskan ketiga-tiga mesyuarat itu akan dirasmikan ketua pergerakan masing-masing dan tidak oleh timbalan presiden parti seperti kelaziman pada setiap perhimpunan agung sebelum ini.
Umno Raub, perasmian sayap, PAU 2015

Artikel Sebelum

Artikel Lain