Mangsa Tanah Runtuh Tinggalkan Kereta Lari Selamatkan Diri - Semasa | mStar

Mangsa Tanah Runtuh Tinggalkan Kereta Lari Selamatkan Diri

karak1
Kejadian tanah runtuh berlaku di KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Bukit Tinggi pada 7.18 malam Rabu. Laluan di kedua-dua arah ditutup sebagai langkah keselamatan. Pengguna dinasihatkan menggunakan laluan alternatif dari Kuantan keluar ke Persimpangan Bentong, manakala dari Kuala Lumpur keluar ke Persimpangan Genting Sempah.
/
karak10
/
karak11
/
karak12
/
karak13
/
karak14
/
karak15
/
karak2
/
karak3
/
karak4
/
karak5
/
karak6
/
karak7
/
karak8
/
karak9
/

BENTONG: "Saya terus lari selamatkan diri tanpa memikirkan apa-apa," kata seorang daripada pengguna Lebuhraya KL-Karak, Naimran Ibrahim ketika berdepan detik mencemaskan semasa kejadian tanah runtuh di Km52.4 laluan Lentang-Bukit Tinggi dekat sini, Rabu.

Naimran, 37, berkata beliau bersama ayahnya terpaksa meninggalkan keretanya di tengah-tengah lebuh raya dan lari sejauh 50 meter untuk menyelamatkan diri.

"Semasa kejadian, hujan lebat membasahi laluan berkenaan dan tiba-tiba sebuah lori yang berada di hadapan kereta saya melintang di laluan itu.

"Pada mulanya saya sangka lori itu melintang akibat keadaan jalan yang licin tetapi tidak lama selepas itu, barulah saya sedar terdapat air lumpur yang banyak melimpah dari sebuah bukit berhampiran laluan itu," katanya ketika ditemui Bernama dekat sini. 

Berikutan itu, katanya beliau yang dalam perjalanan dari Seremban ke pejabatnya di Kuantan terus bertindak menekan brek kecemasan untuk memberhentikan kereta bagi menyelamatkan diri. 

Naimran yang merupakan pereka kad kahwin berkata banjir lumpur itu turut menghanyutkan keretanya ke tepi sebuah longkang berdekatan laluan itu.

"Kereta saya berjaya ditarik keluar oleh petugas lebuh raya kira-kira pukul 9.30 malam tadi, dan alhamdulillah kereta saya hanya mengalami kerosakan kecil di bahagian luar manakala enjin masih boleh berfungsi" katanya yang memandu kereta jenis Mini Cooper itu.

Katanya, beliau akan menghantar keretanya ke bengkel kenderaan di Kuantan untuk proses baik pulih. 

Sementara itu, Low Chin Seng, 17, yang turut terperangkap dalam kejadian itu berkata ianya berlaku dalam keadaan yang pantas sehingga menyebabkan kereta yang dipandunya melanggar sebuah kenderaan di depannya. 

"Saya dapat lihat pokok tumbang dan air mengalir dengan deras dari bukit berdekatan," katanya yang dalam perjalanan dari Cheras ke Bukit Tinggi untuk menghadiri majlis makan malam dekat sini.

Lim yang memandu kereta jenis Toyota Estima ditemani rakannya semasa kejadian berkenaan dan kedua-duanya merupakan penuntut Sekolah Menengah Kebangsaan Ketari di Bentong dekat sini.

"Saya masih lagi terkejut...ini merupakan pengalaman pertama saya dalam kejadian tanah runtuh dan amat bersyukur kerana terselamat," katanya.

Semalam, kejadian tanah runtuh di Km52.4 Lebuhraya KL-Karak di laluan Lentang-Bukit Tinggi berlaku pada pukul 6.35 petang menyebabkan banjir lumpur hampir 500 meter di sepanjang laluan berkenaan.

Hanya tiga buah kenderaan persendirian dan sebuah lori angkut terkandas di kawasan itu, namun kesemua pemilik kenderaan berjaya diselamatkan. -- Bernama 

tanah runtuh , Lentang-Bukit Tinggi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain